Rabu , 04-04-2012 – Tiga orang dari Hebron telah ditahan pada hari Isnin selepas sekumpulan 20 orang aktivis Palestin dan antarabangsa yang cuba untuk mendapatkan sebuah rumah Palestin yang secara paksa diduduki oleh tentera dan pendatang Israel di Bandar lama Hebron.
Sumber-sumber media Palestin melaporkan bahawa, rumah tersebut adalah milik keluarga Rajab yang telah berpindah keluar setelah diganggu oleh pendatang-pendatang Israel beberapa tahun lalu. Rumah tersebut kemudiannya dijadikan pos tentera oleh tentera Israel dan baru-baru ini kerap dikunjungi enam keluarga pendatang yang mendakwa pemilik sah rumah tersebut.
Ketika memasuki rumah tersebut, para aktivis dari Kumpulan Belia Menentang Pendatang cuba untuk membersih dan melengkapkan perabut didalam rumah tersebut , dalam masa yang sama menghalang laluan masuk dibahagian hadapan. Sepasukan ketenteraan dengan jumlah yang besar muncul dan memecah masuk ke rumah berkenaan. Mereka telah membuang keluar perabut-perabut tersebut, menghempaskannya ke tanah dan menahan tiga orang secara ganas termasuk Issa Amro, salah seorang pengasas kumpulan tersebut.
sumber : IMEMC News
penterjemah : amsyar