
Rabu , 04-04-2012 – Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneyya menyeru Mesir agar menggunakan kuasanya sebagai penaja rundingan pertukaran tahanan antara Hamas dan Israel untuk menekan Israel supaya mematuhi syarat-syarat perjanjian.
Haneyya ketika melawat tahanan Hana’a Shalabi di Hospital Shifa di Gaza pada Isnin, berkata bahawa Israel telah melanggar syarat-syarat perjajian yang melarang penahanan semula tahanan yang telah dibebaskan.
Beliau menyifatkan pemindahan Shalabi ke Gaza sebagai jenayah perang dan perlanggaran hak asasi manusia, dan menambah bahawa kerajaannya akan meminta mahkamah Arab dan antarabangsa untuk menghentikan polisi sedemikian.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati