Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis umumkan secara rasmi projek penempatan haram yang baru di Abu Dis

Selasa , 10-04-2012 – Nir Barkat, ‘Gabenor’ penjajah Jerusalem, telah mengumumkan rancangannya untuk membina sebuah lagi kawasan penempatan haram Yahudi berdekatan Abu Dis, timur Jerusalem yang dijajah.

Kira-kira 200 buah rumah baru sedang dalam perancangan untuk dibina dan akan dikenali sebagai Kidmat Zion. Penempatan haram itu akan dibina di atas tanah milik rakyat Palestin yang dikatakan dibeli oleh seorang jutawan AS, Irving Moskowitz, ketua dan pengasas Temple Mount Trustees.

Sebagai reaksi kepada rancangan tersebut, 3 anggota Parti Meretz di dalam gabungan majlis perbandaran telah mengumumkan penarikan diri mereka daripada gabungan berkenaan sekiranya rancangan tersebut diteruskan. Ia dijangka akan dibentangkan di dalam Jawatankuasa Kewangan Knesset dalam beberapa minggu lagi untuk kelulusan akhir yang rasmi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa