
Isnin , 16-04-2012 – Abdullah Al-Barghouthi, yang sedang menjalani hukuman tertinggi di penjara Israel, telah mengumumkan bahawa beliau akan memulakan mogok lapar pada hari Khamis menuntut pengakhiran kepada pengurungan seorang diri.
Barghouthi, dalam mesej salinan yang telah diperolehi oleh sindiket kompleks profesional Jordan, berkata bahawa dia menolak layanan buruk pihak berkuasa penjara Israel terhadapnya dan terhadap semua tahanan Palestin.
Barghouthi, pemegang kerakyatan Jordan, berkata bahawa beliau khususnya mendapat layanan memalukan dan kejam sejak penahanannya. Beliau berkata bahawa dia telah diletakkan di bilik kurungan seorang diri sejak dia ditangkap pada tahun 2004 dan telah dinafikan lawatan keluarga. Barghouthi, yang dihukum 67 kali penjara seumur hidup, menyeru rakyat Jordan dan kumpulan hak asasi manusia untuk menyokong perjuangannya.
Bagi anggota biro politik Hamas Ezzet Al-Resheq menyeru untuk perpaduan yang lebih besar dengan Barghouthi dalam mogok lapar beliau. Resheq, pada laman Facebook beliau pada hari Rabu, memperjuangkan hak tahanan Palestin secara umum dan yang dikurung secara berasingan khususnya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen