
Khamis, 19-04-2012 – Syarikat “Air France” mengumumkan pada Sabtu, bahawa ia telah membatalkan tiket para aktivis yang menyokong Palestin yang sepatutnya berlepas pada Ahad dari lapangan terbang Roissy – Charles de Gaulle dekat Paris dan Nice. Mereka sepatutnya menyertai acara “Selamat Datang Ke Palestin”.
Jurucakap syarikat tersebut berkata, menurut perjanjian Chicago, Air France menolak untuk membawa mana-mana penumpang yang tidak dialu-alukan di Israel. Tambahnya lagi, Israel telah memberikan mereka senarai penumpang yang tidak dialu-alukan.
1,500 aktivis sepatutnya menyertai acara tersebut, termasuk 500 hingga 600 aktivis Perancis yang akan pergi ke Bethlehem untuk merasmikan sebuah sekolah antarabangsa. Para aktivis yang datang dari beberapa lapangan terbang di Eropah, Kanada dan Amerika Syarikat, terpaksa menggunakan “Lapangan Terbang Lod” di Tel Aviv pada Ahad.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati