Aktivis Asing Mogok Lapar Dalam Tahanan Israel

Selasa, 24-04-2012 – Aktivis solidariti asing yang ditahan oleh pihak berkuasa Israel telah menjalankan mogok lapar bagi membantah penahanan dan rancangan deportasi mereka, kata Kumpulan Hak Asasi Manusia Palestin.

Yayasan Hak Asasi Manusia Dameer dalam satu kenyataan pada Rabu lepas menyatakan peguam mereka telah melawat penjara Ramle di mana aktivis-aktivis berkenaan ditahan serta bertemu dengan lapan warganegara British.

Aktivis-aktivis berkata mereka ditahan semasa ketibaan di Lapangan Terbang Lod, dan terpaksa menjalani pemeriksaan dengan menanggalkan pakaian, serta barangan peribadi mereka dirampas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah