Categories
Berita Semasa

Satu perarakan Zionis diadakan mendesak disegerakan pembinaan kuil

Rabu , 02/05/2012 – Kumpulan-kumpulan Zionis telah mengadakan satu perarakan yang dinamakan “Perarakan Pintu-pintu” pada Ahad lalu yang merupakan permulaan bulan Hebrew. Perarakan itu melalui lorong-lorong di Kota Lama, Jerusalem sambil melaungkan slogan anti-Arab dan anti-Muslim serta meminta disegerakan pembinaan kuil mereka.

Yayasan Al-Aqsa bagi Dana dan Warisan berkata dalam satu kenyataan media bahawa kerajaan haram Zionis, oraganisasi-organisasi Yahudi dan kumpulan-kumpulan ekstremis berterusan menyediakan ruang untuk berlakunya lebih banyak serangan dan kekejaman ke atas Masjid Al-Aqsa, termasuk perarakan terbabit.

Perarakan terbabit merupakan anjuran organisasi Har Hamor dan bertemakan “kembali kepada Temple Mount untuk membina kuil dan menjalankan korban.” Ia mendapat perlindungan pihak bersenjata rejim Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa