
Selasa, 08-05-2012 – Dalam satu surat bocor dari bilik kurungan terasing di Penjara Gilboa, Abbas al-Sayed yang merupakan pemimpin briged Qassam menyeru para sarjana Ummah, Setiausaha Agung Liga Arab, Setiausaha Agung Organisasi Koperasi Islam, serta pemimpin-pemimpin kerajaan. Raja-raja, putera-putera dan menteri-menteri yang baik hati supaya mempertahankan tahanan-tahanan penjara yang sedang bergelut menahan lapar sebagai bantahan terhadap pendudukan rejim Zionis.
Dalam satu surat khas kepada Pusat Informasi Palestin (PIC), Sayed menyeru bekas- bekas tahanan penjara, terutamanya yang memegang amanah semasa berada di dalam penjara, yang pernah melakukan mogok dan membuat perancangan-perancangan
yang mereka sebarkan ke luar penjara, supaya melakukan usaha untuk mengumpul sokongan rasmi, popular dan diplomatik dari seluruh dunia. Beliau menyeru kepada semua bekas banduan yang pernah menyalahkan dunia luar kerana bersikap
pasif, supaya melakukan sesuatu yang begitu dekat di hati mereka dan berusaha membebaskan mereka yang masih ditahan.
Sayed berkata bahawa media milik musuh adalah tidak professional dan tidak bermoral. Beliau menyeru media antarabangsa supaya mengetengahkan isu-isu dan penderitaan para tahanan penjara.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa