Rabu ,02/08/2006 –
Hakim Agung Palestin dan Ketua Dewan Tertinggi Pengadilan Syariat, Syaikh Taisir Rejab at
Tamimi menyeru kepada bangsa dan rakyat Palestin, sama ada dengan kekuatan organisasi, politik dan
massa agar membela majid al Aqsa dan melawan usaha serangan kaum ekstrimis zionis Israel yang
ingin menyerbu kembali masjid al Aqsa, Khamis (03/08) besok.
Dalam pernyataan yang disampaikan Selasa kelmarin, Syaikh Tamimi mengingatkan bahawa
kelompok-kelompok radikal Zionis Israel akan melakukan penyerbuan ini dengan memanfaatkan saat serangan militan Israel terhadap bangsa Palestin dan Lebanon. Demikian seperti yang disiarkan oleh lama web filistin al yaum.
Syaikh Tamimi menegaskan, usaha-usaha buruk ini akan menambah ketegangan dan ketidakstabilan di
kawasan serantau dan dunia amnya kerana kaum muslimin tidak akan berdiam diri bagi menghadapi usaha penyerbuan dan penodaan masjid al Aqsa oleh kumpulan-kumpulan radikal Zionis. Beliau menyatakan bahawa regim penjajah Israel bertanggungjawab penuh atas serangan provokasi seperti ini.
Syaikh Tamimi juga meminta dunia, kerajaan dan bangsa Arab serta dunia Islam, OIc serta Kumpulan
Pejuang al Quds untuk melaksanakan tanggungjawabnya dan menghadapi segala serangan dan penodaan terhadap masjid al Aqsa, kiblat pertama kaum muslimin yang merupakan masjid ketiga setelah masjidil Haram dan masjid Nabawi, selain sebagai tampat mi’raj Nabi SAW.