Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Mesir blok kemasukan delegasi antarabangsa ke Gaza

Rabu , 09/05/2012 – Pihak berkuasa Mesir telah menyekat kemasukan delegasi124 anggota pelabur antarabangsa ke Gaza Ahad lalu melalui lintasan Rafah walaupun sudah terlebih dahulu mendapat kelulusan.

Pusat hal ehwal Palestin yang berpangkalan di Kaherah dalam satu kenyataan berkata pihak berkuasa Mesir di sempadan Rafah mendakwa delegasi dari 16 buah negara itu tidak mendapatkan kelulusan terlebih dahulu bagi memasuki Palestin.

Pusat itu berkata pihak berkuasa di persimpangan telah menggunakan kuasa mereka dan mengancam untuk menghalau peserta dengan kekerasan. Ia dilakukan pihak berkuasa Mesir yang bertanggungjawab atas sebarang perilaku bahaya yang dilakukan oleh anggota delegasi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz