Categories
Berita Semasa

Hamas seru PA hentikan tangkapan terhadap penyokong tahanan

Jumaat , 11/05/2012 – Gerakan Penentangan Islam Hamas menyeru pihak berkuasa Tebing Barat untuk menghentikan tangkapan para penyokong tahanan Palestin.

Pergerakan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat pada Rabu lalu telah mengutuk keras kempen penangkapan Pasukan Keselamatan PA terhadap penyokong tahanan yang menghadapi penjajahan angkuh mereka dan menolak sebarang percubaan untuk melemahkan kegiatan perpaduan yang boleh menggalakkan penjajah memperhebatkan penindasan.

Pergerakan ini telah menggesa rakyat Palestin agar terus mengaktifkan solidariti mereka dengan tahanan dan tidak memberi apa-apa tumpuan kepada cubaan melemahkan hasrat mereka, sehingga tercapai permintaan tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz