
Selasa, 15-05-2012 – Pengarah baru bagi Operasi Bantuan dan Agensi Pekerjaan untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Robert Tuner berkata bahawa beliau akan melancarkan kempen baru bagi menarik perhatian tentang pelbagai kesukaran yang berlaku di Gaza.
Kenyataan ini didedahkan pada Isnin lalu semasa lawatan Turner dan timbalannya, Chris Nordahl ke pejabat Menteri Perhubungan Luar Negara dan Perancangan yang di bawah pentadbiran kerajaan Gaza, Dr. Mohammad Awad. Turut hadir dalam pertemuan itu adalah Timbalan Menteri Perhubungan Luar Negara, Ghazi Hamad.
Menurut Turner, Gaza tidak mendapat perhatian sewajarnya sebelum ini dan adalah menjadi tugas pihaknya untuk memperbetulkan keadaan ini. Katanya lagi, UNRWA sedang menghadapi pelbagai halangan, terutamanya dari segi berkurangnya bantuan dan sumbangan yang diterima.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa