
Isnin, 21-05-2012 – Sekumpulan 25 orang penduduk Yahudi berserta seorang menteri Israel telah menyerbu masjid suci al-Aqsa yang terletak di Baitulmaqdis pada pagi Khamis baru-baru ini.
Mahmoud Abu Ata, seorang jurucakap dari Yayasan Wakaf Al-Aqsa memberitahu PIC bahawa 25 penduduk Yahudi, seorang menteri dan sekumpulan kakitangan media diiringi oleh tentera Israel dalam lawatan ‘provokasi’ mereka ke Masjid al-Aqsa. Beliau mengutuk tindakan mereka menyerbu al-Aqsa dan menyifatkan tindakan tersebut selari dengan agenda Yahudisasi terhadap Baitulmaqdis.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : izzati