Remaja Palestin dimalukan oleh penjajah Israel


Tiga orang remaja Palestine the melaporkan kepada pemberita WAFA, mereka telah di pukul dan dimalukan di Qalandya Checkpoint, selatan Ramalah malam tadi.

Anas Zayed, Ahmed Mtair dan Aseed Abdulnabi, 17 tahun sedang cuba melalui checkpoint apabila di pukul dengan cara yang teruk dan kejam oleh tentera penjajah.

Zayed menuju ke Ramallah untuk mendapatkan analisa perubatan akan tetapi tentera penjajah telah menahan lebih dua jam untuk diseksa. Menurutnya, dia telah diseksa dan dimalukan dan dipaksa berpatah balik.

Mtair dan Abdulnabi, dari Kampung Birnabala, sedang dalam perjalanan pulang dari Ramallah selepas membeli belah di sana. Tentera penjajah menahan mereka dan menyiksa mereka lebih dari dua jam. Mereka mengugut untuk menembak remaja tersebut.