Israel Perluas Serangan,Sasar Pemimpin Utama Lubnan

Selasa ,08/08/2006 – Harian Haaretz menyatakan bahawa militan Israel berniat memperluaskan operasi serangan
ke Lubnan mencakupi sasaran infrastruktur strategik awam dan tokoh-tokoh penting pihak kerajaan.
Tindakan tekad ini disampaikan setelah roket Hizbullah membunuh 15 Yahudi di utara Israel pada Ahad
(06/08).

Dalam edisi (07/08) Haaretz mengutip kata-kata seorang pegawai tinggi di Kementerian Pertahanan
Awam Israel bahawa pihaknya sekarang akan memperbaharui operasi serangan dengan memperluaskan serangan semua perkara yang melibatkan infrakstruktur dan kepentingan awam serta Hizbullah

Pegawai tinggi tentera yang enggan disebut namanya ini meyakini bahawa pasukan Israel hingga kini
belum menghancurkan mana-mana bangunan awam. Namun hingga waktu pengundian di Majlis Keselamatan PBB tentang projek Amerika – Perancis untuk menghentikan perang, pasukan Israel akan menyerang tokoh-tokoh penting di kerajaan Lubnan. Namun demikian pemimpin utama kerajaan yang dimaksud tidak dijelaskan oleh Israel.

Projek Amerika – Perancis yang dimaksudkan adalah berisi “penghentian secara penuh operasi perang”
dan komitmen untuk berusaha “menghentikan terus perang menuju kesepakatan bersama”. Namun hingga kinipun tidak dijelaskan bila gencatan senjata itu hendak dihentikan.

Pegawai tinggi tentera Israel ini menambah, jika Hizbullah tidak menghentikan serangannya pada
waktu terdekat maka pihak Israel akan mengeluarkan arahan perluasan dan tambahan operasi perang yang mencakupi penguasaan terhadap sebahagian besar wilayah selatan Lubnan. Mereka juga akan menambahkan serangan udara terhadap infrastruktur strategik, tegas pegawai tentera zionis tersebut. Bahkan dengan angkuhnya beliau mengatakan, ia akan menjadi cerita “kegelapan akan meliputi Lubnan selama beberapa tahun”.

Pejabat militan Israel ini melihat bahawa Setiausaha Agung Hizbullah, Hasan Nasrullah telah melakukan serangannya kerana mengira masyarakat antarabangsa menolak gencatan senjata dalam waktu
terdekat ini. Pegawai tersebut menambah bahawa Hizbullah dalam bahaya dengan melancarkan roket-roket jarak jauh meskipun pihaknya tahu bahawa pasukan udara Israel akan menghancurkan sebahagian besarnya.