Categories
Berita Semasa

Laporan: 90% bekalan air Tebing Barat dikawal rejim

Jumaat, 22/06/2012 – Krisis air di Tebing Barat semakin teruk terutamanya di wilayah selatan dengan bermulanya musim panas kerana penggunaan air yang meningkat. Ramai pegawai dan pakar mengatakan bahawa krisis air ini disebabkan oleh kawalan rejim ke atas sumber air dan penyelenggaraan yang tidak betul di dalam pembahagian air.

Ketua Jabatan Air Pihak Berkuasa Palestin Shaddad Attili mendakwa rejim Israel bertanggungjawab ke atas krisis air serta keengganan Israel untuk menyalurkan sejumlah air yang dipersetujui kedua belah pihak kepada wilayah Palestin. Israel juga enggan membenarkan penggalian telaga dan perlaksanaan projek membekalkan air.

Attilli memberitahu Akhbar Quds bahawa rejim Israel mengawal 90% bekalan air di Tebing Barat manakala selebihnya yang Cuma 10% diberikan kepada rakyat Palestin. Namun, pihak berkuasa menolak untuk membina saluran air di kawasan kelas C yang mana dikawal sepenuhnya oleh Israel berdasarkan perjanjian Oslo.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati