Categories
Berita Semasa

Beratus-ratus peneroka pecah masuk Makam Nabi Yusof untuk upacara Talmud

Ahad, 24-06-2012 – Beratus-ratus peneroka Yahudi memecah masuk ke Makam Nabi Yusof di timur Nablus, Tebing Barat malam tadi bagi melakukan upacara Talmud di bawah perlindungan IOF.

Saksi-saksi berkata 15 kenderaan tentera menyerbu masuk ke bahagian timur Nablus dan menuju ke arah makam untuk memastikan kemasukan bas dan kereta yang membawa beratus-ratus peneroka Yahudi yang datang bagi melakukan upacara Talmud.

Sumber mengesahkan pihak berkuasa penceroboh melepaskan grenad dan gas pemedih mata ke rumah rakyat Palestin di kawasan itu. Mereka meneruskan upacara mereka sehingga waktu pagi menggunakan pembesar suara dan musik yang bising semasa mengerjakan solat, menyebabkan gangguan kepada penduduk sehingga mereka membaling batu dan botol kosong sebagai tindakbalas terhadap provokasi yang mereka lakukan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz