Categories
Berita Semasa

Ala Joba diserang di penjara Hasharon

Selasa, 26-06-2012 – Seorang tahanan wanita Israel di penjara Hasharon didakwa atas kesalahan menyerang seorang remaja wanita Palestin berusia 18 tahun di penjara yang sama. Remaja tersebut dipukul dan telah cuba dicekiknya. Ahmed Betawi, seorang penyelidik di Yayasan Hak Asasi Manusia Tadamun mengesahkan bahawa seorang penjenayah wanita Israel menyerang Alaa Issa Joba dari Bandar Al-Khalil dan cuba mencekiknya, namun tentera Israel masuk campur apabila terdengar jeritan yang kuat lalu menghentikan penjenayah Israel itu.

Beliau turut menyatakan bahawa pentadbiran penjara Hasharon mendakwa bahawa tahanan tersebut sakit mental dan akan dipindahkan ke sebuah hospital swasta dalam beberapa hari lagi untuk rawatan sakit mental.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati