Categories
Berita Semasa

Perhimpunan Palestin menuntut pembebasan banduan yang sakit tenat

Isnin, 02-07-2012 – Saudara-mara banduan Palestin di Penjara Israel, aktivis hak asasi manusia, dan orang-orang yang bersimpati telah mengadakan duduk beramai-ramai di Al-Khalil dan meminta pelepasan Ala’a Hassuna yang hidupnya dalam keadaan bahaya.

Berpuluh-puluh saudaranya mengambil bahagian dalam perhimpunan duduk yang diadakan di hadapan premis Palang Merah di bandar Al-Khalil pada Isnin untuk mendesak organisasi antarabangsa untuk campur tangan dan menuntut pembebasan Hassuna.

Mereka menyampaikan memo kepada pegawai Palang Merah menjelaskan bahawa Hassuna, yang telah ditahan selama lapan tahun di penjara Israel, berada dalam keadaan kesihatan yang amat buruk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada