Categories
Berita Semasa

Remaja Jerusalem mendapat kecederaan serius dalam tembakan oleh Rejim Zionis

Isnin, 02-07-2012 – Seorang pemuda berusia 25 tahun Palestin mendapat kecederaan serius apabila tentera Israel (IOF) melepaskan tembakan ke arahnya berhampiran penempatan timur Ma’aleh Adumim timur ke kawasan penempatan Baitulmaqdis.

Sumber dari Hebrew berkata bahawa askar IOF menembak pemuda Jerusalem itu selepas mendakwa beliau cuba untuk menyerang mereka dan merebut senjata dari salah seorang askar.

Menurut saksi, remaja yang namanya tidak disebut itu, mendapat kecederaan serius di bahagian abdomen dan telah diambil dari kawasan pemenpatan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada