Categories
Berita Semasa

25 rakyat Palestin dibunuh oleh rejim Israel dalam bulan Jun.

Selasa, 03-07-2012 – Tentera rejim Israel terus melakukan keganasan ke atas warga semenanjung Gaza dalam bulan Jun, di mana mereka menjalankan banyak operasi ketenteraan di wilayah Palestin dan membunuh beberapa rakyat Palestin, menahan yang lainnya selain daripada terus menyerang di wilayah Tebing Barat serta turut mengenakan sekatan kepada Gaza.

25 orang awam Palestin telah dibunuh di wilayah Gaza pada bulan lepas termasuk enam kanak-kanak berusia bawah 18 tahun.

Di tebing barat, dua warga: Na’im Salama Mohammed Najjar,32, dan Anwar Khalil Abed Rabbo, kedua-duanya dari pekan Yattan di kota Al-Khalil, meninggal dunia setelah ditembak oleh seorang pendatang di Alsemia, dekat bandar Samu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati