Categories
Berita Semasa

Tawtheeq: Rejim Zionis telah melancarkan 58 serangan maut ke atas Gaza bulan lepas

Rabu , 04/07/2012 – Jawatankuasa Pusat Dokumentasi dan Penjejakan Penjenayah Perang Israel, Tawtheeq berkata pasukan pendudukan Israel- (IOF) mengebom Semenanjung Gaza Jun sebanyak lebih 58 kali dimana 19 rakyat Palestin telah terbunuh.

Tawtheeq menambah dalam siaran akhbar web ICT bahawa serangan udara juga meriam Israel menyebabkan kecederaan terhadap lebih 77 yang lain serta kerosakan teruk kepada harta benda.

Ia juga berkata sepanjang bulan itu tentera laut Israel menyerang nelayan Palestin di luar pantai Gaza sebanyak tujuh kali serta menculik 16 orang dari mereka. Manakala tentera darat menyerang beberapa kawasan berbeza di Gaza yang merosakkan tanah dan harta juga tanaman.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada