Isnin ,14/08/2006 – Menurut akhbar American Christian Science Monitor, kerajaan Israel kini menerima desakan daripada kumpulan neo-konservatif di dalam pentadbiran Amerika agar memperluaskan serangan dengan melibatkan Syria. Israel pula menganggap cubaan menurut permintaan tersebut sebagai ‘kebodohan politik dan kembara ketenteraan’.
Penolakan Israel menimbulkan rasa jelek di kalangan puak neo-kenservatif dan mereka mula menuduh Olmert merosakan rancangan yang diatur sejak 1998 ketika zaman Binyamin Netanhayu masih dalam kerajaan. Walaubagaimanapun, Nethayu meninggalkan kerajaan tidak lama selepas dia membentangkan dan terkenal kerana rancangan tersebut.
Dalam pada itu, akhbar Hebrew Ha’aretz mengatakan bahawa tindakan yang diambil oleh Olmert adalah untuk mencegah pengunduran tentera dari Ladang Sheba di Lubnan meskipun sekiranya Setiausaha Agung PBB mengatakan bahawa ladang itu adalah milik rakyat Lubnan. Penganalisis politik Israel termasuk Gideon Levy berpendapat bahawa kekalahan Israel di Lubnan adalah suatu yang baik yang akan menyebabkan Israel berfikir dua kali sebelum memasuki ‘kembara ketenteraan’ yang baru dan sepatutnya menyelesaikan masalah dengan ‘jiran-jiran’ secara aman. Menteri kehakiman Israel yang lama, Yossi Belen pula mendesak Olmert untuk menubuhkan pasukan khas yang akan mengkaji factor-faktor kekalahan pahit Israel dalam peperangan terbaru dengan Lubnan.Beliau mengatakan bahawa peperangan itu telah mendedahkan kewujudan jurang yang besar di kalangan penduduk Israel.