Categories
Berita Semasa

Hamas menyatakan bahawa Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa para tahanan yang mogok lapar

Selasa , 04-09-2012 – Gerakan Hamas mendakwa rejim Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa para tahanan Palestin yang mogok lapar di penjaranya dan menggesa agar mereka dibebaskan segera. Dalam satu kenyataan akhbar, Hamas berkata para pemogok lapar tersebut diabaikan penjagaannya dan dikenakan hukuman pengasingan di penjara Israel manakala pihak berkuasa penjara Israel terus mengabaikan tuntutan mereka.

Hamas memaklumkan bahawa Samer Al-Barq telah menjalani mogok lapar selama 103 hari, Hasan Assafdi 73 hari, Ayman Al-Sharawna 63 hari dan Samer Al-Isawi selama sebulan, dan member amaran yang mereka semua berhadapan dengan risiko kematian. Hamas merayu kepada liga Arab dan organisasi-organisasi antarabangsa untuk menghentikan penderaan Israel terhadap tahanan Palestin dan membebaskan para pemogok sebelum terlambat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati