
Khamis , 06-09-2012 – Sebelumnya, banyak pihak meragui kunjungan Mursi ke Persidangan Kemuncak Negara-negara Berkecuali (NAM) di Tehran. Namun setelah menyampaikan pidato, banyak pihak menaruh harapan besar kerana banyak yang menyatakan persidangan kali ini lebih banyak akan dimanfaatkan oleh Iran yang dilihat memiliki projek membangun pakatan baru yang berpihak kepadanya. Wajar mereka yang meragui Mursi sebagai kumpulan di pihak tidak kuat akan dikalahkan oleh kumpulan kuat. Sebab tidak boleh dinafikan, di kawasan Timur Tengah sedang dijalankan sejumlah projek, namun tidak termasuk “projek Arab”. Namun siapa yang menentukan bahawa pihak ini kuat dan pihak ini lemah. Apa piawai kekuatan dan kelemahan untuk menganalisis realiti negara dan bangsa?
Sebenarnya, jika satu pihak memiliki projek dalaman, maka dia akan kuat. Paling tidak mereka tidak mengikut mana-mana pihak, namun tidak berani berkonfrontasi atau terlibat ke salah satu pihak. Dia akan berusaha “sampai” kepada semua podium untuk menunjukkan sikap dan projek serta visi misinya. Itulah sesungguhnya pihak yang kuat dan berani.
Jika diperhatikan, pidato Mursi menunjukkan peletakan batu asas projek Arab yang akan datang dengan penuh keyakinan diri. Ini projek yang telah hilang bebrapa dekad kerana kepentingan politik luar di kawasan itu. Bukan hanya di medan politik antarabangsa, bahkan di latar politik dunia Arab juga. Lihatnya, dengan percaya diri menegaskan di hadapan dunia bahwa revolusi Arab telah bangkit dan akan berjalan di atas landasan projek sendiri, bukan pada blok Iran, Israel atau Amerika. Itulah projek Arab yang murni, suka atau tidak suka.
Mursi dengan tegas menyatakan bahawa dunia Arab tidak akan menjadi alat bagi projek Iran atau Israel – Amerika. Selama ini dunia Arab hanya dijadikan alat dan dimanfaatkan oleh projek-projek yang lain. Bahkan dunia Arab selama ini sering jadi “sumber dana bagi beban konflik”; dengan sumber dana melimpah dan sumber daya alam yang banyak. Namun dunia Arab juga yang rugi.
sumber : COMES
penterjemah : Osman
One reply on “Pidato Mursi di Tehran, Isyarat Kelahiran Projek Arab”
Revolusi melayu? bangsa melayu? Projek melayu?