Categories
Berita Semasa

Para jemaah berhadapan dengan pendatang di Masjid Al-Aqsa

Isnin , 08-10-2012 – Pada pagi Selasa, para jemaah di Masjid Al-Aqsa mengerahkan pendatang-pendatang Israel termasuk pelampau MK Feiglin untuk meninggalkan dataran Masjid Al-Aqsa, seterusnya menghalang mereka daripada melawat sekitar masjid.

Pertelingkahan tercetus antara para jemaah dan unit khas rejim Israel di mana mereka menjalankan mogok duduk di dataran Al-Aqsa setelah menghalau para pendatang. Sebahagiannya ditangkap ketika pertelingkahan. Sumber Israel mendakwa bahawa pihak berkuasa rejim Israel menahan seorang pendatang pelampau ketika dia menjalankan ritual keagamaan di Masjid Al-Aqsa kerana melanggar peraturan dan ditahan untuk soal siasat.

Salah seorang pengawal masjid memberitahu PIC bahawa polis Israel menyerang para jemaah dan menahan hampir 17 pemuda sejak awal pagi, termasuk seorang budak perempuan dan pengawal masjid. Tambahnya lagi, ketegangan telah bermula sejak awal pagi dengan kehadiran ramai tentera rejim Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati