
Jumaat, 02/11/2012 – Parti Kebangsaan Bersatu Israel atau Mifdal telah memulakan kempen bagi pilihanraya umum dengan slogan ” Jordan adalah Palestin”.
Aryeh Eldad, ketua parti tersebut berkata pada Selasa yang lepas, kempen tersebut akan menjadi dasar yang paling sesuai buat Israel pada waktu ini terutamanya perkara yang berkaitan dengan pelarian Palestin.
Beliau berkata, kempen “Jordan adalah Palestin” akan menjadi alternatif terbaik bagi rancangan “bunuh diri” Israel dengan memperakukan tanah Palestin di Tebing Barat.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : huda