
Isnin, 05/11/2012 – Puan Dalal, isteri kepada banduan Ammar Zabin, 37 mengesahkan suaminya yang di hukum penjara
selama 25 tahun telah bertemu anak mereka Mohannad buat kali pertama sejak dilahirkan
Puan Dalal tiba di penjara Hadarim selepas satu perjalanan yang sangat sukar dfan jauh, diiringin dua orang anak perempuannya dan anak lelakinya Muhannad. Selepas beberapa percubaan, pengarah pengurusan penjara hanya membenarkan banduan tersebut untuk menyentuh dan mencium anak lelakinya yang ditemuinya pertama kali dan menghalang isteri serta anak perempuan dari mendekatinya.
Ammar Zabin berjaya menyeludup spermanya keluar secara rahsia dari penjara kepada isterinya untuk dibiakkan dalam tabung uji.
Selepas tiga percubaan, pasangan tersebut berjaya mendapat anak ketiga mereka Muhannad.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul