
Jumaat, 09-11-2012 – Pendudukan tentera Israel (IOF) telah merobohkan sebuah rumah rakyat Palestin di Baitulmaqdis yang diduduki pada hari Isnin dengan alasan pembinaannya di tanah pertanian.
Sumber tempatan berkata bahawa askar IOF diiringi jentolak perbandaran memusnahkan rumah Emad Abu Laban di pinggir bandar Tur bersama-sama dengan pagar sekitarnya dan beberapa pokok dan juga tangki air. Sumber berkata bahawa askar menyerang pemilik rumah apabila mereka membantah pemusnahan pagar, pokok-pokok dan tangki.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : faridah