
Selasa, 27/11/2012 – Pemimpin Hamas Salah Bardawil berkata, ibu negara Mesir, Kaherah akan menjadi tuan rumah kepada sessi perbincangan melaksanakan perjanjian damai antara pihak pejuang dan rejim Israel. Bardawil berkata dalam satu kenyataan khas kepada agensi Akhbar Quds bahawa mesyuarat esok bersama pegawai perisikan Mesir akan menumpukan pada cara-cara melaksanakan perjanjian yang dicapai minggu lepas untuk mengakhiri penderaan, pembunuhan berunsur politik dan bertujuan membuka sempadan.
Berkenaan keputusan Abbas untuk pergi ke PBB bagi memohon keahlian pemerhatian, Bardawil berkata Hamas tidak menghalang Abbas tetapi tidak bersamanya kerana beliau tidak berbincang terlebih dahulu. Menurutnya lagi, Abbas pergi ke PBB dengan sokongan dunia Arab.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati