Categories
Berita Semasa

Delegasi doktor tiba di Gaza

Selasa, 27/11/2012 – Delegasi daripada organisasi Doctors Worldwide tiba di Semenanjung Gaza yang telah diserang Israel, pada hari Sabtu dalam satu lawatan bantuan ke Gaza.

Kumpulan bantuan tersebut akan mengagihkan bekalan ubat, membuat beberapa pembedahan, melawat beberapa buah hospital dan menyelia rawatan bagi pesakit yang cedera ketika pencerobohan dilakukan oleh Israel.

Kumpulan perubatan tersebut yang terdiri daripada 11 orang doktor daripada pelbagai bidang, termasuk pakar urologi, pakar pembedahan plastik, pakar neurologi dan pakar mata membawa pelbagai barang pembedahan mereka serta alat pembedahan mikro.

Jurucakap delegasi tersebut, seorang doktor Turki , Solomon Kunduz berkata dalam satu pernyataan di lapangan terbang Istanbul sebelum bertolak ke Semenanjung Gaza, Israel telah membunuh secara rambang sehingga menyebabkan kira-kira 165 orang rakyat Palestin terbunuh dan lebih 1200 orang tercedera.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : izzati