
Isnin , 10-12-2012 – Bekas tahanan Palestin yang dibebaskan dari penjara Israel melalui perjanjian pertukaran tahanan, Abdullah Abu Shalbak menyatakan bahawa gerakan Hamas semakin kuat, lebih matang dan lebih mampu dari sebelumnya. Namun di waktu yang sama Hamas perlu menanggung beban lebih besar dan semakin bertambah tanggungjawabnya.
Abu Shalbak mengatakan, “Gerakan Hamas membuktikan kepada dunia bahawa gerakan ini dari tahun ke tahun bertambah matang, sama ada dalam bidang politik atau ketenteraan malahan dalam bidang sosial. Sebagaimana kesedaran para anggota dan pemimpinnya bertambah besar selari dengan bertambahnya hari.”
Mengenai janji pembebasan para tahanan dari penjara Israel, beliau menegaskan bahawa gerakan Hamas telah berjanji untuk membebaskan para tawanan dari penjara Zionis Israel dan memenuhi janji itu melalui perjanjian pertukaran tawanan.
sumber : COMES
penterjemah : Osman