Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) arahkan rakyat agar tidak menyiapkan pembinaan rumah mereka.

Rabu , 02-01-2013 – Tentera rejim Israel (IOF) mengeluarkan notis kepada sekumpulan warga di selatan Al-Khalil pada malam Selasa mengarahkan menghentikan pembinaan rumah mereka.

Sumber keselamatan dan tempatan memberitahu Quds Press bahawa pemberitahuan itu disebarkan di kampung Edhna mendakwa rumah-rumah tersebut tidak mendapat kebenaran pembinaan.

Mereka berkata notis pemberitahuan tersebut disebarkan kepada 5 warga dari keluarga Farajallah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati