
Rabu , 09-01-2013 – Penduduk bandar Khader, selatan Betlehem, membantah pembinaan bangunan oleh peneroka Yahudi di atas tanah penempatan mereka.
Mereka berkata bahawa peneroka Yahudi telah memulakan pembinaan di antara perkampungan mereka dan Gush Etzion, walaupun hakikatnya mahkamah tinggi Israel telah meluluskan keputusan sementara yang melarang mana-mana pembinaan disitu.
Penduduk tempatan berkata bahawa peneroka Yahudi telah membina jalan yang menghubungkan beberapa lot tanah di perkampungan mereka serta
memasang empat rumah mudah alih dikawasan berhampiran.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul