
Isnin , 14-01-2013 – Pemimpin Palestin dari puak Hamas dan Fatah bersetuju di dalam mesyuarat di Kaherah bahawa kedua-dua pihak akan mula
melaksanakan serta merta mekanisme yang dipersetujui di dalam perjanjian sebelum ini yang ditandatangani di Kaherah pada tahun 2011.
Presiden Mahmoud Abbas dari pergerakan Fatah yang berpusat di Tebing Barat dan Khaled Mashaal dari pergerakan Hamas yang mengawal Gaza bertemu muka buat kali pertama dalam tempoh setahun bagi membincangkan bagaimana untuk melaksanakan perjanjian 2011 tersebut.
Mesyuarat itu dihadiri oleh delegasi Hamas dan Fatah dan ketua perisikan Mesir, Mejar Jeneral Mohamed Raafat shehata,
yang berlangsung selama lebih dari 3 jam.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul