
Isnin ,04-02-2013 – Akhbar Haaretz mendedahkan bahawa kementerian kesihatan Israel memaksa wanita Etheopia dari komuniti Flashmura yang tinggal sementara di kem-kem transit Ethiopia supaya mengambil suntikan dadah yang bertindak mengawal kelahiran dikenali sebagai “Depo-Provera.”
Ia melaporkan kementerian dan agensi kerajaan negeri yang lain sebelum ini telah menafikan bertanggungjawab untuk menjalankan amalan serius itu, yang pertama kali dilaporkan lima tahun lalu.
Wanita yang berhijrah dari Ethiopia lapan tahun lalu mengadu bahawa mereka diancam mereka tidak akan dibenarkan masuk ke Israel melalui imigresen atau tinggal di dalamnya melainkan mereka bersetuju disuntik dengan Depo-Provera secara tetap, tambag Haaretz .
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz