Categories
Berita Semasa

Bedah siasat membuktikan Jaradat meninggal akhibat penderaan teruk.

Jumaat, 01/03/2013 – Laporan autopsi yang dijalankan pada Ahad ke atas jenazah tahanan Jaradat membuktikan bahawa beliau didera dengan teruk dan bukan meninggal akibat serangan jantung seperti yang didakwa pihak rejim Israel. Laporan itu mengesahkan Arafat mengalami kecederaan dalam tempoh tahanan dan soal-siasat.

Doktor Palestin yang terlibat di dalam autopsi ke atas jenazah Arafat yang dijalankan di Institut Abu Kabir Israel mengatakan laporan menunjukkan kesan cedera dan tanda-tanda penderaan pada bahagian belakang syahid tersebut, termasuk kesan penderaan pada dada dan kecederaan ketara pada leher dan bahu. Laporan tersebut menekankan bahawa autopsi menunjukkan keadaan jantung syahid adalah normal dan tiada tanda serangan jantung seperti yang didakwa rejim setelah kematiannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nur idawati