
Rabu, 03/04/2013 – Persatuan Pensyarah Palestin mengumumkan pelancaran projek dialog meluas dalam kalangan pihak akademik dan intelektual Palestin untuk membahaskan asas yang perlu dibangunkan terhadap projek pembebasan nasional Palestin secra kritis. Hal tersebut dicetuskan dalam pertemuan Persatuan Pensyarah Palestin dalam kalangan jurnalis dan intelektual Isnin (1/4) dengan tema “Projek Pembebasan Nasional Palestin .. Meninjau Eksperimen dan Memandang Masa Depan”.
Ketua panitia persiapan projek, Nahad Syaikh Khalil, mengatakan bahawa dialog dengan pihak politik bertujuan untuk meninjau eksperimen yang lalu dan berusaha membangun langkah-langkah masa depan melalui jalan pembebasan terutama setelah 20 tahun berlalu perjanjian Oslo.
Beliau menegaskan bahawa sebuah persidangan akan diselenggarakan pada bulan Julai depan bertujuan untuk menilai eksperimen Palestin yang lalu dan berusaha membincangkan tindakan ke hadapan melalui jalan pembebasan setelah lebih 20 tahun perundingan Oslo dan kompromi politik.
sumber : COMES
penterjemah : osman