
Rabu, 08/05/2013 – Sumber perubatan Palestin di perkampungan Bil’in dekat pusat bandar Tebing Barat Ramallah melaporkan bahawa berpuluh-puluh penduduk tempatan, penduduk Israel dan penunjuk perasaan antarabangsa telah dirawat akibat kesan gas pemedih mata setelah diserang oleh tentera Zionis pada bantahan mingguan anti-keganasan terhadap tembok dan juga penduduk di perkampungan tersebut.
Bantahan mingguan ini juga diadakan bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin yang telah ditahan dan terus menerus menghadapi pencabulan dan keganasan Israel.
Sumber tempatan juga melaporkan tentera Zionis melepaskan gas pemedih mata, peluru getah bersalut besi dan bom tangan, serta menyembur penunjuk perasaan dengan air kumbahan yang telah dicampurkan dengan bahan kimia sejurus selepas mereka tiba di Rizab Asli Abu Lemon.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : huda