Categories
Berita Semasa

Pakatan Right of Return Palestin mender perpaduan dan menolak inisiatif Arab

Jumaat ,17-03-2013 – Pakatan International Palestinian Right of Return, telah mengeluarkan kenyataan akhbar sempena ulangtahun ke 65 peristiwa Nakba 1948, dan menyeru semua rakyat Palestin untuk mencapai perpaduan dan juga untuk kekal teguh dalam memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin yang sah.

Pakatan tersebut, yang terdiri dari dua puluh institusi dan kumpulan yang memperjuangkan hak Palestin berkata, “Sempena 65 tahun ulangtahun hari Nakba, di mana puak bersenjata Israel menggantikan beratus-ratus kampung dan bandar Palestin dengan populasi Israel, pucuk pimpinan Palestin di West Bank haruslah mengutuk sekeras-kerasnya sebarang percubaan untuk menghalang polisi Right of Return.

Pakatan tersebut juga menambah bahawa pucuk pimpinan harus juga mengutuk Liga Arab kerana berani mencadangkan pertukaran tanah dengan Israel, dan juga kerana menghantar delegasi ke Washington untuk membincangkan isu tersebut, serta membuat kenyataan bahawa Palestinians Right of Return yang dipersetujui di peringkat antarabangsa adalah sesuatu yang tidak boleh diperbincangkan langsung.

sumber : IMEMC News
penterjemah : hafizah