Categories
Berita Semasa

Tentera rejim culik 20 rakyat Palestin di Hebron

Isnin, 20/05/2013 – Tentera rejim Israel menculik 20 rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak di kampung At-Tabaga, selatan bandar Tebing Barat Hebron dan mula menyoalsiasat mereka tentang kemungkinan kaitan dengan senjata Molotov yang membakar jip ketenteraan Israel pada Rabu.

Sumber tempatan melaporkan bahawa tentera membebaskan 18 daripada 20 yang diculik, (kebanyakannya 14- 18 tahun) dan menahan dua orang untuk siasatan. Sumber itu turut menambah bahawa tentera memecah masuk dan menggeledah puluhan rumah di kampung itu dan menggunakan anjing pengesan serta menahan 150 rakyat Palestin di kampung itu sebelum melepaskan mereka kecuali 20 orang dan membebaskan 18 orang setelah disoalsiasat.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : idawati