Ireland memboikot produk negara haram Israel


Kempen Penyatuan Palestin Ireland (IPSC) telah mengumumkan pemboikotan potato, buah2an, herba dari negara haram Israel yang dijual di pasar besar seluruh Ireland.


IPSC menulis “di Afrika Selatan, boikot di peringkat antarabangsa adalah penyelesaian untuk menghentikan apartheid. Anda boleh membantu menumbangkan sistem yang rejim pengganas Israel telah dan akan lakukan terhadap penduduk bumi Palestin. Kerajaan kami gagal utk bertindak,
maka secara individu mengambil tindakan ini demi kesatuan rakyat Palestin”

IPSC menggesa seluruh rakyat Ireland supaya :

1-Boikot sebarang produk negara haram Israel.

2-Teliti produk yang bakal dibeli dari segi “Negara Pengeluar”. Jika datang dari negara haram Israel, jangan beli.

3-Komplen kepada pengusaha kedai runcit bahawa terdapatnya produk negara haram Israel di dalam kedai mereka melalui medium bersua muka atau surat . Gunakan kuasa anda sebagai pengguna.

4-Buat permintaan alternatif kepada produk selain negara haram Israel.

5-War-warkan sebarang penglibatan syarikat Ireland dengan negara haram Israel.

6-Bina kesedaran akan kesengsaraan penduduk Palestin akibat kebinatangan pengganas Israel.

7-Adakan kempen Boikot Produk Negara Haram Israel di luar kedai yang menjual produk tersebut.

8-Jika perlukan bantuan, hubungi IPSC.

9-Tandatangani petisyen IPSC.

10-Libatkan diri dengan IPSC.