
Jumaat, 14/06/2013 – Wakil Ketua Dewan Legislatif Palestin, Dr. Ahmad Bahar menegaskan bahawa adalah menjadi hak Palestin untuk melakukan perjuangan bersenjata melawan penjajah. Beliau menilai pertempuran senjata adalah satu-satunya pilihan strategik untuk mengembalikan tanah dan hak-hak yang dirampas.
Bahar menyatakan bahawa perundingan hanyalah tindakan sia-sia. Ia sama sekali tidak membantu mengembalikan hak-hak Palestin dan sebaliknya hanya memberikan semakin banyak konsesi kepada penjajah Zionis. Hal tersebut disampaikan Bahar ketika menerima delegasi kemanusiaan dari Arab Saudi yang ikut serta konvoi Miles of Smiles, Isnin (10/6).
Beliau menyatakan bahawa konvoi kemanusiaan yang datang ke Semenanjung Gaza merupakan salah satu bentuk sokongan kepada Semenanjung Gaza dan warganya serta memperkuat semangat juang warga Gaza.Bahar turut menjelaskan kepada para delegasi berkaitan pelanggaran dan tindakan zalim Zionis terhadap warga Gaza, khususnya dalam perang 8 hari dan perang sebelumnya yang mensasarkan masyarakat awam dan pegawai tinggi kerajaan.
sumber : COMES
penterjemah : osman