Categories
Berita Semasa

Adel Shanyour mungkin hilang penglihatan kerana tiada rawatan

Selasa ,25-06-2013 – Keluarga tahanan Palestin merayu kepada pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa untuk mengambil tanggungjawab dan tindakan serius bagi menyelamatkan Adel Shanyour, 64 tahun yang mungkin akan kehilangan penglihatan pada bila-bila masa sahaja.

Keluarga Shanyour dari bandar Dhahiriya al-Khalil, selatan Tebing Barat, menggesa para doktor, badan hak asasi manusia WHO dan pihak lain berkaitan hal ehwal tahanan Palestin agar segera campur tangan dan memberi tekanan kepada Zionis Israel agar memaksa mereka menghentikan dasar yang sengaja mengabaikan rawatan terhadap tahanan di penjara itu.

Shanyour telah kehilangan penglihatan pada sebelah mata kanannya pada tahun 2009 di penjara Israel, dan kini dia mula menghadapi masalah pada sebelah mata yang lain dan memerlukan pembedahan, manakala pihak pengurusan penjara terus enggan menawarkan rawatan yang perlu terhadapnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz