
Rabu ,26-06-2013 – Rejim Zionis Israel (IOF) menahan seorang lelaki muda di kampung Beit Ummar , utara Al-Khalil waktu subuh semalam kemudian membelasahnya malam tadi.
Sumber Palestin berkata rejim Israel menangkap Yousef Abu Hashem semasa sekatan jalan raya berhampiran Bethlehem pada malam Ahad lalu.
Bapa Yousef berkata anaknya telah dibawa ke pusat tahanan Etzion di mana dia dibelasah oleh rejim sebelum dia dicampakkan di laluan masuk ke kampung Beit Ummar. Beliau berkata anaknya telah dimasukkan ke hospital dengan hidungnya patah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz