
Rabu, 03/07/2013 – Jawatankuasa Daerah bagi Perancangan dan Bangunan mendedahkan hasratnya untuk meluaskan penempatan haram Mevo Huron dibina di atas tanah Palestin di kawasan Latrun.
Dr Khalil Tufkaji, Pengerusi Jabatan Peta di Persatuan Pengajian Arab, menyatakan bahawa kawasan tersebut telah dijajah sejak tahun 1967 di mana kampung Yalu dan Emmaus telah musnah dan penduduknya telah dipindahkan sebelum gencatan senjata.
Tufkaji berkata bahawa sebahagian daripada Qalqilya dan Beit Awwa juga telah musnah dalam tempoh itu. Kuasa-kuasa penjajah telah merampas 58 kilometer persegi selepas memusnahkan dua buah kampung tersebut.
Pakar Palestin menegaskan dengan penubuhan penempatan baru di kawasan itu sebagai sebahagian daripada skim Yahudikan Israel untuk membina kejiranan Yahudi di Baitulmuqaddis.
Tufkaji berkata bahawa pihak berkuasa Israel berhasrat untuk mengekalkan kawalan ke atas semua kawasan dan menolak apa-apa rundingan mengenainya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen