
Khamis ,11-07-2013 – Hampir 200 peneroka Israel menyerbu masjid al-Aqsa di bawah perlindungan polis Israel untuk provokasi terang-terangan kepada rakyat Palestin dan pelajar-pelajar yang mula melaungkan ‘Takbir’.
Sejak awal pagi, 5 kumpulan peneroka tersebut menyerbu masjid al-Aqsa dari pintu Mughrabi, termasuk belia, kanak-kanak, mentor dan tentera yang dalam pakaian seragam mereka. Mereka menjerit dan ketawa dengan kuat dan menunjukkan sikap tidak menghormati tempat itu.
Peneroka Israel mula bertindak liar dengan memasuki masjid al-Aqsa sebagai sebahagian daripada rancangan
Israel untuk ‘mengotorkan’ tempat suci itu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul