Categories
Berita Semasa

40 Pohon Zaitun Di Tebang Oleh Peneroka Berhampiran Ramallah.

Rabu, 17/07/2013 – Sekumpulan peneroka Yahudi yang menganggotai kumpulan “Tag Harga” menyerbu tanah pertanian milik rakyat Palestin diutara Ramallah serta menebang berpuluh-puluh batang pokok yang berbuah . Di Bandar Turmus Ayya, utara Ramallah, sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa sekumpulan peneroka Yahudi mencabut lebih 40 akar pohon Zaitun daripada tanah pada malam Isnin 15/7 di timur bandar tersebut.

Sumber-sumber juga mengatakan bahawa kira-kira 10 orang peneroka menyeledup masuk ke timur Turmus Ayya pada waktu malam serta melancarkan beberapa serangan terhadap harta benda serta tanah penduduk Palestin diantaranya menumbangkan berpuluh-puluh pohon Zaitun.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Nur Fahana