
Isnin ,05-08-2013 – Kesatuan Tentera Palestin di Lubnan menolak keputusan Abbas untuk meneruskan perbincangan hasil tekanan Amerika meski jenayah Israel terhadap rakyat Palestin tidak pernah berhenti.
Sambungan perbincangan itu seperti duri dalam daging bagi usaha Palestin dan menutup jenayah Israel terutamanya tentang pembesaran penempatan Yahudi, rampasan tanah dan pengusiran Badwi Negev dan sekatan ke atas Gaza yang semakin ketat, demikian menurut kenyataan kesatuan itu.
Kesatuan itu menyeru kepimpinan PA dan PLO untuk menghentikan rundingan yang tidak bermakna itu dan bekerja bagi mencapai keamanan kebangsaan dan kesatuan untuk membentuk strategi berasaskan penentangan oleh rakyat Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati