
Isnin,09-09-2013 – Dr Sami Abu Zuhri telah menafikan dakwaan kementerian dalaman Mesir bahawa tentera laut Mesir telah memusnahkan enam kapal perang yang dimiliki oleh Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas, ketika cuba menyusup masuk ke perairan Mesir.
Abu Zuhri berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa dakwaan itu adalah “tidak masuk akal” dan tidak berasas.
Beliau menggesa rakyat di Mesir agar menjadi rasioanal dan menilai semula kedudukan mereka seperti “sandiwara” yang telah pergi terlalu jauh dalam menghasut rakyat Palestin berdasarkan rentetan pembohongan yang telah berlaku.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada